Pada 16 september yang lalu , aku dijemput menghadiri open house di rumah aenn. Aku berasa begitu teruja kerana dapat melihat muka aenn yang sebenar. Sebelum ini , aku hanya berbual dengannya melalui Facebook , sms dan telefon. Mungkin inilah kali pertama aku bertemu mata dengannya.
Ayahku menghantar aku dan adikadikku ke rumah aenn. Aku ditemankan bersama dua orang adikku. Mereka menjemput kami masuk. Rumah aenn sungguh cantik dan besar tapi tujuanku di sana hanya melihat wajah aenn.
Aisya , iaitu adik aenn menjemputku makan. Aku mengangguk. Makanan disediakan ialah nasi dagang , daging rendang , lemang dan kek tat. Aku menjamu selera sambil mencari-cari kelibat aenn. Sedang aku menjamu selera , seorang bidadari lalu di hadapanku dan duduk di sebelah aisya. Bidadari itu ialah Nurul Aenn. Senyumannya mampu membuat membuat manamana lelaki cair melihatnya. Suaranya bagaikan sebuah lagu yang menusuk kalbu. Aduhai....
Aku hanya bersembang dengan Aisya. Ingin aku menegur aenn dan bersembang panjang dengannya tapi perasaanku bercampur baur. Rasa malu , gelisah , takut semua ada. Inginku menatap wajahnya lamalama namun aku mengelaknya.
Sepanjang di sana aku hanya bersembang dan bergelak ketawa. Aku hanya membuat lawak di sana namun sebenarnya mataku tertumpu pada aenn.
Pada pukul 2.30 petang, aenn mengajakku mengambil gambar bersamasama. Aku pun kata ''okay''. Kini , gambar tersebut sudah d'upload dalam facebook. Selepas tu h ayahku menjemputku balik. Sungguh berat aku meninggalkannya.