Assalammualaikum & selamat sejahtera, dengan izin Allah dari segi zat-Nya saya diberi kesempatan untuk menulis di dalam blog ini. Pak cik iaitu sepupu saya meninggal dunia pagi tadi akibat kemalangan jalan raya. Alhamdulillah arwah selamat dikebumikan petang tadi. Saya tidak sempat untuk menziarahi jenazah beliau petang tadi kerana kesibukan bekerja namun saya akan menziarahi kubur arwah pada esok pagi & terima kasih kepada manager saya memberi kebenaran saya bercuti sehari. Semoga arwah dicucuri rahmat. Siapa sangka orang yang kita sayangi akan dicabut nyawa dan kebarangkalian nyawa kita mungkin akan tercabut. Dalam Al-Quran pernah bersebut
"185. Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan." Ali Imran Ayat 185
Manusia di bumi ini tidak akan dapat lari daripada merasai kematian. Semoga kita hamba Allah mengambil ikhtibar daripada situasi ini. Manusia lebih banyak lalai mengejar dunia daripada mengerjakan akhirat. Semoga kita dimasukkan ke dalam Al-Jannah bersama golongan yang beriman. Amin