Setelah kemarinya datang Hang Kasturi Epal dilihatnya masuk oleh dayang-dayang raja iaitu Hang Fahmy, Hang Fakha, Hang Arif dan Hang RafiqM. Maka sembahlah Hang Kasturi Epal di hadapan raja.
"Why you call me, O'good king?" sebutnya Hang Kasturi dalam bahasa setengah rojak baru direbus dengan maggi . Maka Hang rafiqM selaku penterjemah raja sejurus menterjemahkan kepada rajanya. Murka tidak murka rajanya amarah kerana sesungguhnya bidan sebelum ini telah terjun ke dalam kolam renang akuatik. Maka Hang Kasturi Epal dijadikan sebagai penggantinya. "Tuan hambalah harapan beta untuk melahirkan cahaya mata beta pada hari ini," titah raja Joseph Kony.
Maka di dalam kamar itu terpaparlah Permaisuri Katy Perry di atas katil sedang berselimutkan kain rentang. Maka tiba-tiba, Hang Mangkuk muncul dari belakang langsir Ikea memegang marker di tangan kanannya. Maka markernya di baling ke arah tingkap lalu pecahlah tingkap itu kerna diperbuat kaca.
"Wahai orang istana, tidakkah kamu tahu bahawa anak ini dijanjikan kejayaan?" teriak Hang Mangkuk. "Hendaklah kamu semua menamakan anak ini Justin Bieber bin Abdul. Jika tidak, akan ku cincang-cincang kamu semua!!"kata Hang Mangkuk membuka langkah silat.
"Cis, tidak akan beta menamakan anak ini Justin Bieber." titah Hang Kasturi Epal. Maka sepantas kilat , dengan menggunakan ilmu yang dipelajarinya di pondok belakang rumah iaitu ilmu Hisab tambahan, Hang Kasturi Epal melepaskan beberapa das tembakan daripada jarinya ala-ala James Bond. Maka rebahlah Hang Mangkuk.
Maka susana di istana menjadi riuh kemudian sepi pula apabila bayi dilahirkan tiba. Maka bayi tersebut diselimutkan lalu diazankan oleh Raja Joseph Kony. Bayi diletakkan di atas kerusi dan ditaburkan beras ke atas perutnya tanda perutnya yang besar. Maka bayi ini diberi nama Tun Fernando Torres. Maka bayi sihat itu dilihat cembuuru oleh Hang Kasturi Epal. Maka Hang Kasturi Epal menculiknya tetapi raja kembali murka. Maka raja Joseph Kony mengamuk di istana dan Hang Kasturi Epal terdiam buat seketika.
"Wahai Bidan Ikmal a.k.a Hang Kasturi Epal a.k.a Colin Farrel, kamu telah durkaha, maka dijatuhkanlah hukuman bunuh bagimu!" titah raja. Dengan menggunakan kuasa Doraemon , Hang Kasturi Epal disumpah menjadi lalat. Lalat itu terbang lalu berak di mata raja Joseph Kony. Maka tinggallah dua tahi lalat di matanya. Maka mungkinlah tahi itu boleh ditanggalkan suatu hari nanti jika menggunakan teknologi laser, tetapi kesedihan di dalam hati rakyat jelata tidak boleh ditanggalkan.
